Thursday, October 27, 2011

Layout Baru Setelah Sekian Lama

Mutiara Kata Hari Ini:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada ALLAH maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahannya (sedar kembali)" 
Surah Al-A'raaf, ayat 201

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Akhirnya setelah berkurun-kurun lamanya dengan layout coklat tu, dapat jua bertukar kepada layout baru. Blog ini telah berwajah baru, serba kehijauan melambangkan betapa indah dan amannya Islam. Layout dah bertukar, tetapi isi dalam blog ini mungkin masih akan sama, jarang di update kerana kesibukan di alam kampus. InsyaALLAH andai ada masa, akan diluangkan untuk update blog ini, tetapi bilakah masanya, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. 

Mohon maaf kepada pengunjung-pengunjung blog ini kerana sudah sangat lama tidak di update blog ini. Maaf.. Maaf.. Maaf..

Syukran. Wassalam.

Thursday, December 2, 2010

10 tempat terlarang untuk handphone

1 Comments

Mutiara Kata Hari Ini:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada ALLAH maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahannya (sedar kembali)" 

Surah Al-A'raaf, ayat 201

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Lama sungguh rasanya tak mengupdate blog, kadang-kadang bila berkesempatan untuk update, diri ini dilanda kemalasan untuk menulis, lebih-lebih lagi susah untuk mendapatkan line internet di kampus. Alhamdulillah, hari ini ana ingin berkongsi serba sedikit info yang baru ana baca, mungkin ada yang pernah membacanya. 

Sumber: Ustaz Munif Hijjaz

Telefon Bimbit atau handphone sudah merupakan satu keperluan. Hampir setiap orang di dalam negara ini memilikinya. Dari seorang kanak-kanak tadika di kota kepada seorang warga tua di desa.

Untuk menjaga handfon sentiasa di dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudharat kepada diri sendiri dan orang lain, harap diperhatikan 10 tempat terlarang untuk meletakkan telefon bimbit :

1. JANGAN TARUH DALAM KOCEK SELUAR
 Bagi lelaki yang senang meletakkan telefon bimbit di kocek seluar sebaiknya berfikir semula. HP menghasilkan paparan medan elektrostatik dan elektromagnetik yg mengakibatkan infertility (kemandulan).

2. JANGAN LETAKKAN BERSAMA BARANG ELEKTRONIK
Jangan gunakan HP ketika signal lemah dekat dengan barang elektronik berprestasi tinggi (seperti TV, OVEN, HEATER ,dll), kerana dapat merosak sirkuit HP.

3. JANGAN DISIMPAN DEKAT KUNCI KERETA
Dalam keadaan tertentu HP yg digunakan dlm kendaraan akan memberikan kesan merosak terhadap peralatan elektronik kendaraan. HP yg diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci tersebut.

4. JANGAN LETAKKAN DEKAT KOMPUTER
Komputer dan HP sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yg dekat, maka keduanya akan saling merosak.

5. JANGAN LETAKKAN DI TEMPAT BERSUHU TINGGI
Tempat bersuhu tinggi,kelembapan tinggi, dan berdebu merupakan kumpulan musuh HP. Jika tertinggal di dalam kereta di cuaca yang panas terik, hp memang rosak, setidak-tidaknya baterinya.

6. HINDARI MELETAKKAN KAD SIM DEKAT MAGNET
Kerana radiasi yg ditimbulkan HP dapat merosak floppy disk, kad memori dan kad kredit seseorang.

7. JAUHKAN DARI BENDA LOGAM
Jauhkan HP dari benda logam kecil kerana magnet dalam speaker HP akan menarik benda-benda tersebut dan HP mengalami kerosakan.

8. JAUHKAN DARI ALAT PACU JANTUNG
Peralatan perubatan seperti alat pacu jantung dapat terganggu dikeranakan gelombang elektromagnetik.

9. JANGAN DEKAT GAS YANG MUDAH TERBAKAR
Gas berbahaya karena memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Oleh karena itu HP tidak akan berfungsi dengan baik.

10. HINDARI DAERAH BASAH
Rasanya kita semua sadar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera digital .. Apalagi saat musim hujan, boleh mengundang banyak risiko. Bagi penunggang motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yang kedap air saat hujan tiba.

Semoga bermanfaat ...
Wallahu'alam.

Thursday, June 3, 2010

Kisah Benar di PALESTIN

1 Comments

Mutiara Kata Hari Ini:
Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang dengan ujian. Baginya ujian sebagai tarbiyah dari ALLAH. Tanda kasih sayangNYA, jua penghapus dosa. Bersabarlah, bukan usahamu & kesedihnmu sia-sia, cuma kemenangan & kebahagiaan lewat tiba.Yakinlah dalam ALLAH memberi keperitan, kesengsaraan & kedukaan, ALLAH akan hadiahkan nikmtNYA yang lain. Kuatkan hati, yakin pada ALLAH. Teruskan mendoakan saudara-saudara kita yang teraniaya dengan musuh-musuh Islam, ISLAM pasti menang 1 hari nanti! Itu janji ALLAH yang pasti!


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kisah ni dapat daripada seorang kawan, sangat sedih membacanya. Sekadar berkongsi dengan pembaca-pembaca supaya terbuka mata kita semua.


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini.

Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wallahu'alam...

Sunday, April 25, 2010

Merindui Mu

0 Comments

Mutiara Kata Hari Ini:
KAU yang menciptakan cinta. Dan KAU jua yang menghampar bahagia. Di ribaanMU terhimpun harapan. Impian tulus setiap insan. KAU yang mengutuskan duka. Dan ENGKAUlah yang mengirimkan hampa. Namun padaMU jua diadukan. Merabahkan keresahan dan tangisan. Aku tahu inilah kasihMU. Aku tahu inilah cintaMU


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Apa khabar iman kita hari ini? Moga berada dalam keadaan sihat. InsyaALLAH. Dah lama rasanya tak update blog ni disebabkan kekangan masa yang melanda. Kadang-kadang bila dah ada masa nak menulis, tak tahu apa yang nak ditulis. Jadi, untuk post kali ni dapatlah ilham untuk menulis sebuah puisi yang lahir dari hati. Bahasanya taklah seindah manapun, sekadar nak meluahkan dengan kata-kata di samping mengisi sedikit masa dengan hobiku menulis ni, dah lama tak menulis.

Ya ALLAH.... betapa banyaknya dosa yang telah aku lakukan. Betapa lemahnya aku... Lindingilah diriku dan sahabat-sahabatku daripada godaan syaitan dan nafsu. Berkati dan redhakanlah setiap apa yang kami lakukan. Sedarkanlah kami dengan amaran-amaranMu Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami yang daif ini.

MERINDUI-MU

Dalam kesunyian
Aku bersendirian
Tanpa ada siapa pun
Namun adanya ENGKAU

Di keheningan malam
Kegelapan memancar
Lalu aku bersujud
Bertahajjud kepadaMU

Itulah satu-satunya
Kekuatan jiwa bagiku
Bukan mudah melakukannya
Hanya dengan keinginan yang kuat
Dan kerinduan kepadaMU

Seikhlas hati
Aku merintih
Aku menangis
Aku mengadu
Hanya kepadaMU

Aku terlalu lemah
Aku terlalu merinduiMU
Aku ingin bertemu denganMU
Namun apakah aku layak

Nukilan Oleh:
-Anis Hayati-